Friday, July 16, 2010
16/07/2010: Baru hari ini dapat kemaskini blog ni...
Alhamdulillah,sakt beransur baik.Pada 04/07/2010 masuk wad bedah lelaki Hospital Queen Elizabeth.Isteri tidak dapat menemani sebab mengatur anak bongsu yang akan balik ke UiTM,Shah Alam.Nur telah menemani saya semasa disana.Dan Sabrina dan suami juga turut sama membantu disana HQE (SMC).Masuk wad pemeriksaan dibuat atas diri saya untuk persiapan pembedahan.Hari pertama tu ok, boleh makan...Lepas tu disuruh berpuasa mulai jam 9 malam.05/07/2010 : Setelah doktor pakar urologi berbincang maka proses untuk masuk OT ( Operation Theater ) .Setelah menandatangani borang kebenaran untuk untuk bius dan Borang kebenaran pembedahan saya menunggu masa untuk ke OT.Jam 3.30 ptg masuk OT.Keluar jam 6.30 mlm.
Saya separuh sedar katakan....dibawah balik ke bilik wad.Mata masih berat...badan masih tidak dapat digerakkan (kesan ubat bius)....tiada rasa sakit.......
namun pada waktu tengah malam sakit yg teramat kuat di bahagian tulang belakang (tempat masuk ubat bius) dan juga bahagian proses pembedahan (Ureter /saluran kencing dan dekat dgn buah pinggang....
jam 3 pagi saya panggil Jururawat memaklumkan bahawa saya mengalami sakit yg amat kuat...lalu doktor bertugas malam dipanggil...setelah diperiksa....saya diberikan ubat tahan sakit dan ubat tidur.....
selepas tu baru lah saya dapat tidur hingga jam 7 pagi.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment