Bincang mahu adakan pertandingan bolasepak di kalangan murid.perlawanan kalah mati.Masa 5 minit saja.Draw penalti.Masih draw juga keputusan ditentukan dengan lambung duit siling.Kalau boleh semua murid terlibat,samada pandai atau tidak pandai kena main juga.Ini bukan soal mahu menang tapi untuk memeriahkan aktiviti Teratak Iqra.
Semua murid2 teruja,tidak sabar2.Saya kata tunggu balik dari KK lepas rawatan.
Lepas mengajar bernasyid murid2 disuruh pulang.
Kelas akan ditutup mulai hari ISNIN hingga JUMAAT.Mudah-mudahan cepat selesai rawatan di Hospital Queen nanti.
Kemudian datang beberapa orang murid mahu belajar mengaji disebelah petang lepas maghrib, kesihan juga...saya suruh mereka datang lepas solat maghrib.
Mengajar dari jam 6.40 ptg hinggalah 7.30 mlm.Lepas tu solat isyak berjemaah.kemudian memberi sedikit nasihat dan motivasi hingga jam 8.30 mlm.Lepas tu bersurai.