Friday, April 23, 2010

23/04/2010 :Lucu tengok murid2 belajar solat berjemaah..




Saya teringat kejadian yang berlaku kira2 3 minggu yang lalu.Apabila masuk isyak,saya latih murid azan dan iqamat.Lepas melantik murid menjadi imam (belajar/mendidik) agar mereka dapat membiasakan diri mengimami jemaah.

Dalam kejadian ini...yang menjadi imam adalah Nizam...(",) , apabila masuk rakaat ketiga dia duduk tahiyat akhir...murid2 yang lain berdiri.saya pun tegur..(",).Apabila tahiyat akhir pula imam ini (Nizam) berdiri !! saya tegur lagi...murid2 yang lain mulai ketawa...

Memang lucu...namun beginilah kita beri pendidikan awal untuk mereka ni...latih dirumah dahulu kemudian baru lah bawa ke surau atau ke masjid.

Kadangkala ada si ayah bawa anak ke masjid solat jumaat.Bila solat dimulakan anak ini , ada yang menangis , ada yang berjalan2 di depan jemaah.ini amatlah mendukacitakan.Ini menganggu perhatian jemaah mengerja solat jumaat.

Sama-samalah kita memberi pendidikan awal dirumah kemudian baru ke masjid,Agar anak faham perkara yang boleh dan yang tak boleh dilakukan di masjid mahupun disurau.

No comments:

Post a Comment