Friday, April 23, 2010
23/04/2010 :Lucu tengok murid2 belajar solat berjemaah..
Saya teringat kejadian yang berlaku kira2 3 minggu yang lalu.Apabila masuk isyak,saya latih murid azan dan iqamat.Lepas melantik murid menjadi imam (belajar/mendidik) agar mereka dapat membiasakan diri mengimami jemaah.
Dalam kejadian ini...yang menjadi imam adalah Nizam...(",) , apabila masuk rakaat ketiga dia duduk tahiyat akhir...murid2 yang lain berdiri.saya pun tegur..(",).Apabila tahiyat akhir pula imam ini (Nizam) berdiri !! saya tegur lagi...murid2 yang lain mulai ketawa...
Memang lucu...namun beginilah kita beri pendidikan awal untuk mereka ni...latih dirumah dahulu kemudian baru lah bawa ke surau atau ke masjid.
Kadangkala ada si ayah bawa anak ke masjid solat jumaat.Bila solat dimulakan anak ini , ada yang menangis , ada yang berjalan2 di depan jemaah.ini amatlah mendukacitakan.Ini menganggu perhatian jemaah mengerja solat jumaat.
Sama-samalah kita memberi pendidikan awal dirumah kemudian baru ke masjid,Agar anak faham perkara yang boleh dan yang tak boleh dilakukan di masjid mahupun disurau.
Sunday, April 18, 2010
Monday, April 12, 2010
11/04/10 : Program Bulanan bermain bolasepak
Alhamdulillah,satu lagi program Teratak Iqra dapat dilaksanakan.Iaitu program riadah bermain bolasepak.
Sekitar jam 6.15 pagi murid2 sudah datang ke rumah bagi salam...ingatkan aktiviti hari ini tidak dapat dilaksankan disebabkan semalam hujan.Namun murid2 memaklumkan bahwa padang tersebut tidaklah berlumpur sangat.Setelah ditinjau keadaan padang maka aktiviti ini diteruskan....
Memang penat.sakit semua anggota badan,maklumlah sudah lama tidak berjogging sejak mendapat rawatan hospital...
Sebanyak 10 perlawanan diadakan...murid2 perempuan bermain dikalangan mereka.manakala murid2 lelaki bermain dgn pasukan lelaki.Bagi yang murid kecik bermain peringkat umur mereka...
aktiviti ini selesai sekitar jam 9.30 pagi...
memang seronok...harap-harap program ini dapat diteruskan,InsyaAllah.
::.
::.
Sunday, April 11, 2010
10/04/10 : Nasyid juga Program Mingguan Teratak Iqra
Tadi malam selepas solat isyak murid2 berlatih nasyid hingga jam 8.30 mlm.
Riadah Teratak Iqra iaitu bermain bola akan diadakan esok.Sekiranya tidak hujan...kalau hujan program tersebut dibatalkan sebab padang basah dan berlumpur...
Berikut adalah video yg ingin saya kongsikan...
Riadah Teratak Iqra iaitu bermain bola akan diadakan esok.Sekiranya tidak hujan...kalau hujan program tersebut dibatalkan sebab padang basah dan berlumpur...
Berikut adalah video yg ingin saya kongsikan...
Monday, April 5, 2010
03/04/10: Program bernasyid
Alhamdulillah,Program mingguan ditambah dgn belajar bernasyid.Program ini dibuat setiap hari sabtu ianya dimulakan selepas solat isyak hingga jam 8.13 malam.Murid-murid didedahkan dengan menyanyi lagu2 nasyid.
Manakala untuk program riadah iaitu bermain bola santai2 tidak dapat dilaksanakan baru2 ini disebabkan saya bertugas pada hari ahad.InsyaaAllah ahad depan dapat dilaksanakan.
Saturday, April 3, 2010
03/04/10:Majlis kesyukuran dan doa selamat.
Foto selepas semasa majlis kesyukuran dan doa selamat.Murid-murid menjamu hidangan yang disediakan oleh ibubapa murid yang pindah ke Quran.
Majlis ini tidak menjadi kewajiban.Bagi ibubapa yang mampu ianya niat yang baik juga.Sekurang-kurangnya ibubapa tersebut melibatkan diri dan mengambil tahy perkembangan anak-anak mereka.
Bagi yang tidak mampu perkara ini bukan menjadi satu kemestian.Sekadar membaca doa kesyukuran pun sudah memadai.
02/04/10:Program Membaca Surah Yasin diadakan dalam 2 sessi
Alhamdulillah,minggu ini program mingguan membaca surah Yasin dapat dibuat dalam dua sessi.Sessi pertama bagi kumpulan pertama :selepas solat maghrib hingga solat isyak.Manakala untuk kumpulan kedua dari jam 7.50-8.20 mlm.DIbawah ni adalah foto Kumpulan Kedua:
Dan satu lagi program riadah yang mungkin akan ditangguh kepada kelapangan masa saya, iaitu program main bola dikalangan murid2.Sepatutnya program ini diadakan pada ahad ni.Tetapi pada hari tersebut saya bertugas pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)