Sejak hari jumaat kesihatan saya dan isteri tidak berapa baik.Pada hari jumaat lepas,setelah selesai kerja terus pergi ke Klinik Mansor.Saya diberi suntikan.Deman, sakit tulang dan batuk/ampus.
Sebelum tu isteri yang sakit dulu.Dia juga diberi suntikan juga.sakit yang sama.Selepas dua hari tidak juga sembuh,bawa isteri ke hospital,di beri pernafasan ampus selama setengah jam.
Saya sendiri masih sakit,selepas isteri selesai di hospital, saya ke Klinik Liu untuk mendapat rawatan. disana saya beri pakai alat pernafasan kerana ampus yang kuat.
Saya diberi cuti sakit selama 2 hari.Isteri diberi cuti sakit sehari kemudian memohon cuti rehat selamat 4 hari.
Hari ni masih tidak sihat...doktor minta saya datang semula ,dan setelah diperiksa saya masih menghidapi ampus, batuk2 yg kuat.Saya diberi cuti sakit 2 hari lagi...
Semua ni dugaan dari Allah s.w.t. ingin menguji kesabaran hamba Nya.
Namun kelas pengajian tetap berjalan terus...Saya dan anak mengajar murid2 dari jam 6 petang hingga jam 9 malam.
Semalam 3 orang ibu menghantar anak2 mereka untuk belajar mengaji Al Quran. Mahu terima atau tidak ,saya jadi serba salah....ibu2 tersebut merayu...
Saya pun terima mereka semua dan dinyatakan syarat2 nya. Saya mengajar dengan rotan...saya minta izin dengan ibu2 untuk itu.dan saya tidak minta apa2 bayaran. Yang penting kalau ada keringanan bagi anak bawa sedikit juadah untuk dihidangkan selepas program membaca Surah Yasin setiap malam jumaat.
No comments:
Post a Comment