Sunday, March 28, 2010

27/03/2010: Kelas diteruskan...

Pagi pergi klinik gigi.Tempat yang sama sewaktu gigi saya ditampal 6 bulan lalu.Hari ini gigi tersebut perlu dicabut.Alhamdulillah semua jalan lancar.


Balik rumah rehat moga2 cepat berhenti pendarahan dan sakit.Alhamdulillah,petangnya beransur baik.Murid2 mulai datang sekitar jam 5.40 ptg.

Jam 5.50ptg kelas dimulaikan....

Hari ini seorang telah tamat kitab Iqra dan akan mulai belajar membaca kitab Al Quran.Pelajar ini mulai belajar Iqra sejak bulan oktober 2009.

Thursday, March 25, 2010

25/03/2010 : Program hari ini akan ditangguh ke hari Jumaat


Hari ini tiada mengaji/program mingguan ditangguh ke hari jumaat sebab pagi ini saya akan berangkat ke KK.

Segala yang dirancang terpaksa ditangguh ke hari Jumaat,InsyaAllah.

Wednesday, March 24, 2010

24/03/2010 : Nur Faezah dan Azliza membantu saya dan isteri

Alhamdulillah,tadi jam 9.10 baru selesai mengajar murid2 mengaji.Jam 5.35 petang baru tiba dirumah dari kerja.Murid2 tolong buka pagar rumah.Selepas mandi dan menghadap makan mlm(kira awal lah ni makan malam nya) terus membenarkan murid2 masuk.Pengajian dimulaikan sehingganya masuk waktu solat maghrib.Solat maghrib berjemaah dan kemudian pengajian disambung semula.

Hari ini dibantu oleh Nur Faezah manakala Azliza pula mulai membantu dari jam 7mlm.

Jam 9.10 berbincang dgn murid2 kumpulan kedua.
Malam jumaat akan datang program membaca Surah Yasin akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.Iaitu kumpulan pertama hingga selesai solat Isyak berjemaah.Manakala kumpulan selepas kumpulan kedua pulang.Iaitu dari jam 8 mlm hingga jam 9 mlm.

Perbincangan lain berkaitan aktiviti perlawanan bolasepak dan juga bernasyid.Acara tersebut mungkin diadakan pada hari sabtu untuk nasyid manakala untuk aktivit bolasepak pada pagi ahad.


Friday, March 19, 2010

19/03/2010: Kemaskini Teratak Iqra

Alhamdulillah,akhir kembali seperti biasa ke ruangan Teratak Iqra Taman Kenari.
Hari Isnin lepas ke hospital (Ke Pejabat Sosial Pesakit) untuk dapatkan surat.
Pagi selasa ke KK .Setiba disana terus ke Hospital Queen.
Dipendekkan cerita,kena buat CT Scan di HDOK kemudian appointment semula ke Hospital Queen pada(jangkaan) bulan Mei 2010.

Okla,semalam Program Mingguan iaitu Membaca Surah Yasin terlaksana jua.

Monday, March 15, 2010

15/03/2010:Kelmarin Petang Murid Mahu Mengaji

14/03/2010 : Mengajar mengaji dari jam 8 pagi hingga jam 1000 pagi.Lepas sembang dengan murid2.

Bincang mahu adakan pertandingan bolasepak di kalangan murid.perlawanan kalah mati.Masa 5 minit saja.Draw penalti.Masih draw juga keputusan ditentukan dengan lambung duit siling.Kalau boleh semua murid terlibat,samada pandai atau tidak pandai kena main juga.Ini bukan soal mahu menang tapi untuk memeriahkan aktiviti Teratak Iqra.

Semua murid2 teruja,tidak sabar2.Saya kata tunggu balik dari KK lepas rawatan.

Lepas mengajar bernasyid murid2 disuruh pulang.

Kelas akan ditutup mulai hari ISNIN hingga JUMAAT.Mudah-mudahan cepat selesai rawatan di Hospital Queen nanti.

Kemudian datang beberapa orang murid mahu belajar mengaji disebelah petang lepas maghrib, kesihan juga...saya suruh mereka datang lepas solat maghrib.

Mengajar dari jam 6.40 ptg hinggalah 7.30 mlm.Lepas tu solat isyak berjemaah.kemudian memberi sedikit nasihat dan motivasi hingga jam 8.30 mlm.Lepas tu bersurai.


Sunday, March 14, 2010

13/03/2010: Kelas dibuat pagi dan petang

Hari ini kelas di buat pagi dan petang.kerana pada hari isnin akan ke KK untuk mendapat rawatan lanjut di hospital Queen.Isteri akan menemani ke sana.Mudah-mudahan cepat selesai.

perkara ini sudah dimaklumkan kepada murid2.

Foto atas nama nya saya panggil Fatin kecil umur baru 4 tahun.Dia ni memang rajin datang mengaji.Terang hati nya.Tapi maklum lah kalau membaca asyik pandang ke kiri dan kanan,begitulah keadaannya.kalau waktu solat berjemaah dia suka duduk disudut pilihannya.


Yang ini pula abangn Fatin kecil,namanya Hidayat.biasalah...memang nakal ni...bila waktu nak solat dia selalu akan angkat tangan volunteer nak azan atau qamat.yang lucunya bila azan 3 baris saja....heheh.semua akan ketawa.

Thursday, March 11, 2010

Ruang Pengajian semakin terhad

Dengan pertambahan murid2 datang mengaji,ruang untuk solat pun sudah tidak dapat menampung.InsyaAllah kalau ada rezeki nanti ditambahkan ruang tersebut.

Foto 1 dan 2 : Bertarikh 24/12/2009

Foto 1

Foto 2

Foto 3 hingga 5: Bertarikh 02/03/2010

Foto 3

Foto 4

Foto 5

Wednesday, March 10, 2010

Sejak hari Jumaat lepas kesihatan tidak berapa baik

Sejak hari jumaat kesihatan saya dan isteri tidak berapa baik.Pada hari jumaat lepas,setelah selesai kerja terus pergi ke Klinik Mansor.Saya diberi suntikan.Deman, sakit tulang dan batuk/ampus.

Sebelum tu isteri yang sakit dulu.Dia juga diberi suntikan juga.sakit yang sama.Selepas dua hari tidak juga sembuh,bawa isteri ke hospital,di beri pernafasan ampus selama setengah jam.

Saya sendiri masih sakit,selepas isteri selesai di hospital, saya ke Klinik Liu untuk mendapat rawatan. disana saya beri pakai alat pernafasan kerana ampus yang kuat.

Saya diberi cuti sakit selama 2 hari.Isteri diberi cuti sakit sehari kemudian memohon cuti rehat selamat 4 hari.

Hari ni masih tidak sihat...doktor minta saya datang semula ,dan setelah diperiksa saya masih menghidapi ampus, batuk2 yg kuat.Saya diberi cuti sakit 2 hari lagi...

Semua ni dugaan dari Allah s.w.t. ingin menguji kesabaran hamba Nya.

Namun kelas pengajian tetap berjalan terus...Saya dan anak mengajar murid2 dari jam 6 petang hingga jam 9 malam.

Semalam 3 orang ibu menghantar anak2 mereka untuk belajar mengaji Al Quran. Mahu terima atau tidak ,saya jadi serba salah....ibu2 tersebut merayu...

Saya pun terima mereka semua dan dinyatakan syarat2 nya. Saya mengajar dengan rotan...saya minta izin dengan ibu2 untuk itu.dan saya tidak minta apa2 bayaran. Yang penting kalau ada keringanan bagi anak bawa sedikit juadah untuk dihidangkan selepas program membaca Surah Yasin setiap malam jumaat.

Saturday, March 6, 2010

AKTIVITI MALAM JUMAAT





Seperti biasa aktiviti mingguan kelas Iqra ini diadakan program membaca Surah Yasin.

Alhamdulillah...anak murid mulai mau mantap membaca surah yasin...insyaAllah dalam sebulan lagi mereka ini boleh lah membaca sendiri/ramai....
sekarang ni..murid2 semakin bertambah.sebelum murid diterima ibubapa kena datang sendiri dan menghantar mereka untuk pertama kalinya...sekarang ada lebih kurang 90 orang murid sehingga ada berumur 20 tahun.syukur ada anak dan isteri membantu buat kerja-kerja di Teratak iqra.Pengajian dijalankan kadangkala sampai 10 mlm.ada ibubapa juga berminat mahu ingin belajar mengaji quran.cadangan itu memang sudah ada dalam perancangan...insyaAllah semoga ianya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat...

foto acara membaca Surah Yasin dan foto murid-murid sedang menjamu hidangan yang disumbangkan oleh ibubapa murid-murid itu sendiri untuk dinikmati bersama.