…ini disebabkan komitmen terhadap kerja yang agak ketat… terutama sekali bertugas di Bhg Planning (kapal).
Hari ini ambil cuti sebab ada urusan peribadi yang perlu diurus…
Okla..hari ini sepertibiasa lepas solat subuh dengan isteri ,saya akan membaca Al Quran (rutin harian saya) 20-30 minit…lepas tu barulah saya buka pc dan log in ke blog kelas iqra kenari…
Saya ingin berkongsi dengan pengunjung yang sudi membaca blog kelas iqra ini…
…3 minggu lalu…lepas solat isyak ada beberapa murid mengadu kepada saya bahawa murid (saya namakan si AG) ini telah bercakap kotor(lucah)…saya bertanya kepada si AG…adakah benar pertuduhan itu..dia tidak mengaku dengan berkata…”saya tiada cakap kotor…” saya panggil murid pertama yang mengadu dan saya rotan sekali…
Lepas tu seorang murid berkata ..bahawa memang benar bahawa si AG ada cakap kotor…saya Tanya kepada tertuduh …dia kata dia tidak ada berkata demikian…dan murid yang mengadu saya rotan 1 kali…sebab saya katakan kepadanya tidak baik menuduh orang sebarangan…
Namun ada murid yang lain terus membuat aduan bahawa memang benar si AG ada cakap kotor…dan mereka juga dirotan 1 kali setiap seorang…
Saya berkata kepada murid2 yang mengadu bahawa tidak baik menuduh sebarangan….saya kata si AG ini adalah budak yang baik …tidak pandai berkata bohong dan bercakap kotor…saya berkata kepada si AG..”betulkan AG…?kamu ni memang budak baik ..tidak pernah bohong dan berkata kotor..”
Namun AG berdiam seketika….lepas itu dia mengaku bahawa sebenarnya aduan mereka semua adalah benar….
Saya pun merotannya sebanyak 5 kali….
Kemudian saya berkata kepada AG dan kepada murid2 yang lain…”beginilah keadaannya didunia…orang yang tidak bersalah kadangkala dihukum disebabkan kesalahan orang…..sebab itu walau apa sekalipun jangan berkata bohong dan bercakap kotor….kemudian saya pun bercerita kepada murid2 kelas pada malam tersebut sebuah kisah…
disebuah kampung ada sekeluarga dua beranak iaitu seorang anak lelaki dan seorang ibunya yang sudah tua..tinggal dalam sebuah pondok.anak lelaki ini adalah seorang yang rajin membantu ibunya dirumah.dan dia juga seorang yang rajin menuntut ilmu agama.
Pada suatu hari dia ingin pergi menuntut ilmu di sebuah masjid dikampung yang lain yang jauh dari rumah nya…
Dia memberitahu ibunya mengenai niatnya itu…namun ibunya berkata…kalau kamu pergi nanti siapa yang akan membantu ibu dirumah ni…jangan lah kamu pergi…
Namun kerana niat untuk pergi belajar begitu kuat …maka dia pun berangkat tanpa restu dari ibunya.
Setibanya dikampung tersebut dia pergi ke mesjid yang dijangka akan ada pengajian dijalankan.diluar mesjid ada seorang pencuri sedang dikejar oleh orang2 kampung tersebut.pencuri itu telah masuk ke dalam mesjid dan berpura-pura duduk sambil berdzikir…
Orang yang mengejarnya bertanya kepada pencuri itu “adakah orang yang baru masuk ke dalam mesjid ini sebentar tadi?…dengan penuh yakin dia tunjuk kepada anak muda ingin menuntut ilmu agama yang sedang solat sunat.Orang kampung tersebut terus menangkap pemuda tersebut dan dibicara.setelah dibicara …dia didapati bersalah dan dihukum hudud…kedua tangan dan kaki nya telah dipotong…
Kemudian dia meminta agar dia dihantar pulang ke rumah ibunya…
Dia diletakkan diluar pintu rumahnya…kedenganran ibu nya sedang berdoa lepas solat fardhu...” ya Allah engkau berikanlah kesedaran kepada anak ku yang telah meninggalkan aku yang uzur tua berseorangan ini..hantarkan nya pulang dengan rasa penuh keinsafan…
Pengajaran kisah tadi adalah pertama, sentiasa berbuat baik kepada kedua ibubapa…kedua, …orang yang jujur juga akan sentiasa teraniaya atas perbuatan orang lain…
Selepas saya menyampaikankisah ini kepada murid2 semua…tiba2 datang seorang murid datang duduk didepan saya dan membuat pengakuan…ustaz …rotanlah saya..sebab tadi siang saya ada bercakap kotor….saya agak terkejut dan merasa hiba dan trharu…mata saya mulai merah mengeluarkan airmata…ini adalah kerana dari kejadiantimbul rasa keinsafan pada murid ini…keadaan saya itu diperhatikan oleh beberapa orang murid yang mana mereka jug hampir2 mengalirkan airmata melihat kepada saya….
Saya tidak rotan tangannya…walaupun dia sudah menghulurkan agar dihukum…saya berkatanya..pakcik bersyukur kerana Allah telah mengetuk pintu hati kesedaran/keinsafan pada diri kamu….
Sekian….
No comments:
Post a Comment